Berjalan, Melihat Dan Mentafsir

Blog dengan muka baru dan informasi baru, berkaitan ilmu-ilmu yang blogger pelajari setiap hari. Blog bukanlah diari, tapi sebagai panduan apa yang telah dipelajari dari pengalaman.


Jom share...!

Panduan Mengisi Borang JK69


1.Beli boring JK69 di Percetakan National atau di pejabat Kementerian Perdagangan (MITI). Satu boring bernilai RM0.60.

2.Semak perkara yang perlu anda hantar beserta boring JK69, anda boleh bertanyakan hal ini kepada kaunter pertanyaan untuk kepastian. Kalau tidak jelas atau pasti, sila jumpa pegawai yang bertugas tentang barangan kawalan anda.

Ingat! Borang JK69 hanya diluluskan selepas 7 hari bekerja, jika anda tersilap mengisi boring, anda perlu memulakan langkah mengisi boring dan menunggu selama 7 hari berikutnya.


3.Isi boring JK69 menggunakan kiosk yang telah disediakan di pejabat tersebut, bahagian AP kereta. Jangan isi menggunakan tulisan tangan.

4.Dalam PC tersebut, sudah tersedia format untuk print ke atas borang. Anda hanya mengubah perkara, tanpa mengubah kedudukan perkara/font tersebut.

5.Selepas mengisi, sila submit/hantar ke bahagian barangan kawalan anda, iaitu barang atau kereta.

6.Selepas itu, anda akan diberikan satu slip sebagai bukti penghantaran borang tersebut. Jangan lupa untuk menulis nombor telefon anda dislip yang pegawai pegang.

7.Tunggu selama 7 hari berkerja untuk mendapatkan keputusan kelulusan permit


Freedom!

Salam all, hari nie nak kongsi lagu khas dari Maher Zain - Freedom..layaan..
Lagu nie best dan ada sangkut paut dengan revolusi tanah arab. Mungkin tribute kepada mereka yang terlibat or terkorban dengan revolusi itu.

Dengan ini juga, semoga rakyat Libya dilindungi Allah dari serangan puak Eropah, kafir laknatullah, semoga Allah memenangkan orang Islam, InsyaAllah..

15 Anugerah Allah Pada Wanita Tidak Pada Lelaki

Salam all, nie tazkirah untuk hari ini, penat sangat-sangat hari nie dengan karenah manusia, relexkan minda membaca peringatan-peringatan, moga-moga kita tidak lupa amanah yang telah dipikulkan dibahu kita/mereka. Bekerjalah sepenuh hati...



1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,”Tidak” Sabda Baginda “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.

2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.

4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”

6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”

8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”

9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”

10. Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.”

11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

15. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya. Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

sumber asli : akuislam.com

Empat Golongan Lelaki ke Neraka..!

Pertama:- 'Ayahnya' - Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.




Kedua:- 'Suaminya' - Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,apabila suami mendiamkan diri.. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal)maka dia akan ditarik oleh isterinya.



Ketiga:- 'Abang-abangnya' - Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.



Keempat:-' Anak Lelakinya' - Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan diakhirat kelak.. Nantikan tarikan ibunya.



Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidaksilap firman ALLAH S.W.T.:-



" Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka,di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu.."



Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda,abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda..Kesiankanlah mereka dan juga diri kamu sendiri..jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh ikhlas..



Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga.

ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA.. semua kaum muslim masuk syurga..janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.



Semoga kita semua tergolong dari ahli syurga yang memasukinya tanpa hisab.



AMIN YARABBALALAMIN

Kisah Aisyah Dan Tariq

Aisyah benar-benar keliru dengan sikap kekasihnya. Siang, malam, mesejnya satu pun tidak berbalas. E-mailnya terus lengang seiring dengan waktu yg terus berlalu. Dia sangat tertekan waktu itu. Aisyah memerlukan seseorang untuk menjadi tempat luahan bicaranya, tempat mengadu segala keperitan, tempat berkongsi suka dan duka.

Masih segar lagi diingatannya sewaktu dia dan Tariq bersama,kemana sahaja tentu mereka akan berdua. Setiap kali hujung minggu, sudah tentu panggung wayang akan menjadi destinasi utama mereka. Duduk berdua-duaan menjadi perkara yg amat dinantikan olehnya. Namun kini, semua itu hanya tinggal kenangan. Tariq bukan kekasih yg dikenalinya dulu, dia kini tidak lagi bersamanya untuk berkongsi suka dan duka. Janji-janji manis Tariq untuk bersama-sama membina istana berlandaskan syariat seakan-akan terkubur kini. “Kau jantan penipu! Kau pendusta! Aku benci kau!” hari demi hari, hati Aisyah makin kuat menjerit melepaskan kebencian, namun yg berkunjung hanyalah kerinduan terhadap seorang mahluk yg bernama lelaki itu.



Sehinggalah pada suatu hari, Aisyah bertemu dengan seorang gadis di sebuah program motivasi. Pertemuan didalam sebuah majlis yg singkat itu tidak diduganya membuahkan sebuah persahabatan yg berkekalan. Gadis itu amat lembut pekertinya. Auratnya dijaga rapi dan tutur katanya diatur sempurna. Danisya, itulah nama yg diungkapkan gadis itu sewaktu Aisyah menghulur tangan tanda perkenalan. Mulanya Aisyah tidak tertarik untuk mendekati gadis itu, namun kepetahan dan kebijaksanaannya berbicara, akhirnya hati Aisyah tertarik untuk mengenalinya dengan lebih rapat.

Sejak mengenali Danisya, Aisyah mula mendekati Islam sebenar-benarnya. Itu tidaklah bermakna Aisyah yg dahulu jauh daripada agama, namun kini dirasakannya perjalanan kehidupannya lebih terpelihara. Jika dahulu dia memakai tudung gaya moden yg menonjolkan dadanya, kini tudung itu menjadi bertambah labuh. Jika dahulu, T-shirt dan jeans menjadi pilihan pemakaian hariannya, kini jubahlah pula yg menjadi pembalut tubuh agar tidak menjadi bahan tatapan lelaki-lelaki berhidung belang. Hari demi hari, Aisyah seakan-akan mampu melupakan Tariq. Kini Danisyalah dunianya, segala masalah dikongsikan bersama. Kehadiran Danisya mampu menggantikan tempat Tariq. Yang anehnya, Danisya seolah-olah seperti Tariq versi wanita baginya.



Saban hari, semakin ramai yg gemar untuk berdampingan dengan Aisyah. Dia amat bahagia kini kerana dikurniakan ramai sahabat yg ada untuknya meluahkan rasa suka dan duka. Ramai pemuda cuba untuk mendekatinya, namun Aisyah segera menolaknya kerana dia sedar, cinta kepada seorang lelaki mampu membunuhnya. Apa yg dinantikannya kini hanyalah CINTA kepada ilahi dan bukannya cinta sementara rekaan syaitan bertunjangkan hawa nafsu. Cinta selepas kahwin menjadi idamannya kini. Bila dan siapa orangnya, biarlah Allah sahaja yg menentukannya.



Kini genaplah lima tahun pengajiannya di Institut Perguruan Kampus Gaya. Minggu hadapan, dia akan mula bercuti. Aisyah sudah mula sibuk mengemaskan barang-barang untuk pulang ke kampung halaman. Tiba-tiba Danisya datang mengirimkan sepucuk surat kepada Aisyah. Tanpa sebarang bicara, Danisya berlalu pergi. Perlahan-lahan, Aisyah membuka sampul surat berwarna biru itu. Hatinya berdebar-debar, kerana dia kenal benar dengan tulisan tangan disampul surat itu. Tulisan insan yg pernah membuat hidupnya sengsara dahulu.



Assalamulaikum,



Kehadapan Aisyah binti Abdul Halim, gadis yg selalu kusayangi sejak dahulu, kini dan InsyaAllah, untuk selama-lamanya. Maafkan diriku kerana telah lama menghilang tanpa sebarang berita. Aku pergi bukan kerana ingin meninggalkanmu tapi aku pergi kerana aku mahu mencari CINTA dariNya.



Mungkin dahulu aku pernah membawamu kedunia penuh kelalaian. Atas desakan hawa nafsu, aku mengajakmu melanggar batas-batas syariat. Mujur, aku tersedar lalu kutinggalkan kamu sendirian merangkak dalam kepayahan. Aku turut berduka kerana kehilanganmu. Siang, malam, hari-hariku terasa perit tanpa adanya kamu. Mungkin kau tidak menyedari, aku sering memerhatikan kamu. Mesej-mesej pertanyaan khabar darimu sengaja kubiarkan tidak berbalas. Maafkan aku.



Kuhadiahkan kamu adikkku, Danisya sebagai penggantiku, teman sewaktu kamu senang dan susah. Segala perkembangan tentang kamu, selalu kutanyakan kepada adikku. Kadang-kadang ada juga kau mengeluh tentangku, saat itu, aku terasa berat untuk menjauh darimu. Namun, aku perlu berbuat begitu, kerana aku perlukan masa untuk mengambilmu sebagai isteri. Ilmu agama perlu kuperdalami, ilmu dunia perlu kutuntut agar aku mampu mencari rezeki buat kita berdua.



Kini sudah tiba masanya untuk ku sunting dirimu. Apa yg perlu kau tahu, saat kamu membaca surat ini, rombongan meminang telah pun kuhantar kerumahmu. Kuharap kau sudi untuk menerimaku sebagai suamimu.

Sekian, wasalam.



Yg Benar,

Tariq.




Aisyah terdiam seketika, hatinya berbunga. Dalam esakan tangisan dia tersenyum. Dia bahagia kini. Tidak disangka, insan yg dahulunya dianggap pengkhianat, penipu dan pembelot rupa-rupanya seorang kekasih yg sejati. Benarlah, begitu indahnya cinta andai ada CINTA kepada Allah Yang Maha Esa. Aisyah mula menyambung kembali tugasnya. Tidak sabar untuknya pulang menanti hari-hari bahagia apabila dia dan Tariq disatukan nanti. Indahnya hidup berlandaskan syariat, itulah kisah Tariq dan Aisyah, anda bagaimana?



Hasil Nukilan : Jazulfadli Jamaludin

Fix-a-flat tyre spray


Salam all, hari ni nak kongsi dengan korang tentang "fix a flax tyre", benda nie pun aku terjumpa kat blog sape ntah, dah lame tengok, stil tak faham kalo x tengok dan buat sendiri..


Fix a Flat tyre spray - DON'T leave home without it!

For a minute I teetered on the edge of panic and then remembered my (say it like Steve from Blue’s Clues – just humour me) handy-dandy…fix a flat spray!

It was pretty easy to use. A fact you may or may not know about me; I’m pretty mechanically-minded/oriented – I love automobiles and am fascinated by what makes them go!

To use the tyre spray, I simply removed the valve from the offended tyre, screwed on the plastic hose from the can to the tyre’s valve, and pressed the button.

In less than 5 minutes, my tyre was completely reinflated and we were on our way!

I’m definitely going to give this product 10/10 – I always keep a can with me and encourage my friends (male and female) to use it.

So, tu pengalaman orang yang menggunakan "fix flat tyre" nie. Amat mebantu la kata orang kan? plak-plak kalo time konvoi jauh.

"Cacing"

Untuk berkonvoi juga, anda harus lah menyediakan kelengkapan yang cukup, salah satunya untuk tayar, seperti "cacing". Pernah dengan benda alah nie?

"Cacing" pun cam tadi gak, untuk menampung tayar (bocor yang kecil la, seperti terkena paku..), cuma "cacing nie agak leceh skit sebab perlu menggunakan kepakaran skit dan tenaga.


Orang tengah memasang "cacing" di tayar motor.Harga "cacing nie biasanya dalam RM15-RM22 sahaja untuk 1 set. Dan digunakan untuk tayar "tiubless".

cara-cara nak tampal "cacing"? Boleh rujuk gambar bawah nie..

Ride to Melaka (26/3/2011)

Salam all, tanggal 26/3/2011, Ride to Melaka, ride nie mengambil masa dalam 2 jam 30 minit atau 3 jam, dengan berhenti seketika di Rehat dan Rawat (R & R) Seremban, untuk makan makanan ringan dan isi minyak. Then, berhenti lagi di R & R Ayer Keroh, isi minyak gak, biasa la motor kecik, kena banyak isi minyak, mujur merah je penunjuk minyak, dah sampai kat hentian, kalo habis minyak tengah jalan, memang masak, nak tak nak memang kena ada motor besar yang mengiring, at least, kalo minyka habis boleh ditunda,hehe..Dalam ride nie diucapkan terima kasih la kat Antusiang (MBC member) coz guide kiteorang..


"Hah, jalan belah mana nie?ke kiri or ke kanan? tadi cakap depan, straight je, nie cabang 3, mana ada jalan straigh ke depan,huhu"..


Suasana hijau di Melaka, ladang kelapa sawit,gheh..ngeh..


"Hoho..manyak sodaaap..."


Masjid Kg. Tambak Jaya, tempat Hafizumi jemput kitaorang pi rumah dia. Lepak kat rumah Hafizumi kejap, then pekena cendol melaka. Terima kasih kepada Hafizumi kerana belanja kitaorang makan,hehe..


Duk bincang-bincang, cam na nak masukkan rim besor kat motor FZ biru nie..


Then, past lepak umah Hafizumi, kami bertiga mengundur kan diri untuk berjalan melihat Kota Melaka,hehe..Time pi melawat perigi Hang Tuah dan rumah Traditional, ada orang buat tarian poco-poco plak..
Kat rumah Tradional Melayu, bayaran RM1 kalo nak masuk, ada koleksi keris dan macam-macam lagi..


Santapan malam, makanan famous kat Melaka, "Asam Pedas Laksamana", memang syok! sampai tambah nasi semua, dah lapor sangat. Time makan, Emochi datang jumpa kiteorang..then pi Bukit Beruang untuk TTS Melaka..


Tu dia, air buah, besor gila gelas, memang puah hati minum! Nie time TTS MBC Melaka. Lepas TTS, pi round-round Bandaraya Melaka, dalam pukul 1.30 pagi,pi duk tepi pantai gak, memang syok!huhu..


Last, kat Shell sebelum masuk highway PLUS, balik ke KL, terima kasih diucapkan kepada MBC Melaka.

9 Fakta Menarik mengenai Bill Gates

9 Fakta Menarik mengenai Bill Gates




Inilah 9 fakta menarik tentang Bill Gates;
1. Bill Gates menghasilkan wang US$250 setiap satu saat, iaitu lebih kurang US$20 juta sehari dan US$7.8 billion setahun!
2. Jika dia terjatuh US$1,000, dia tak perlu susah-susah untuk mengutipnya kembali kerana sama dengan waktu 4 saat untuk mengutip wang tersebut, dia sudah memperolehi income dalam jumlah yang sama.
3. Hutang kerajaan Amerika lebih kurang US$5.2 trillion, jika Bill Gates membayar seorang hutang tersebut, dia dapat melunaskannya dalam masa kurang dari 10 tahun.
4. Dia dapat menyumbangkan US$15 kepada semua orang di dunia tapi tetap dapat mempunyai baki US$5 juta sebagai wang sakunya.
5. Michael Jordan adalah atlit yang dibayar paling mahal di Amerika. Jika dia tidak makan dan minum dan tetap membiarkan pendapatannya kekal dalam setahun sejumlah US$30 juta, tetapi dia tetap harus menunggu sehingga 277 tahun agar dapat sekaya Bill Gates sekarang.
6. Jika Bill Gates adalah sebuah negara, dia akan menjadi negara ke 37 terkaya di dunia atau jadi syarikat Amerika terbesar nombor 13, malah melebihi IBM.
7. Jika semua wang Bill Gates ditukarkan ke dalam pecahan US$1, kita dapat menyusunnya menjadi jalan dari bumi ke bulan, 14 kali ulang balik. Tapi jalan itu harus dibuat non stop selama 1,400 tahun dan menggunakan sebanyak 713 buah Boeing 747 untuk mengangkut semua wang itu.
8. Bill Gates sekarang berumur 40 tahun. Jika kita mengandaikan dia dapat hidup 35 tahun lagi maka dia harus membelanjakan US$6.78 juta sehari untuk menghabiskan semua wangnya.
9. Tapi! Jika pengguna Microsoft Windows dapat claim US$1 untuk setiap kali komputernya hang kerana Microsoft Windows, Bill Gates akan segera bangkrap dalam masa 3 tahun!

So, korang guna la komputer or latop orang elok-elok..huhu..

Libya Diserang

Salam all, tu dia,kata-kata tokoh, aku pun agak kurang pasti kebenaran kata-kata itu, tapi apa yang bermaksud memang betul apa yang dia maksudkan, yahudi memang jahat, bunuh orang sesuka hati. Eh, melalut plak, sebenarnya nak khabarkan tentang Libya diserang, agak terkejut dengan serangan ini kerana macam tak planning or maksud aku macam tak ada huru-hara or propaganda yang cakap Eropah nak serah Tanah Arab. Naudzubillah, tengok-tengok semuanya dah terjadi didepan mata. Apa lagi, mungkin sebab nak minyak la nie, kan?
Sebelum tu kita baca sedutan berita...layaaaan..
TRIPOLI: Tentera Amerika Syarikat (AS), Britain dan Perancis melancarkan peluru berpandu Tomahawk dan membuat serangan udara terhadap beberapa sasaran di Libya awal pagi semalam, mencetuskan kemarahan pemimpin negara Arab itu, Muammar Gaddafi yang mengisytiharkan kawasan Mediterranean sebagai ‘medan perang.’

Jet pejuang Perancis lewat kelmarin memulakan serangan dalam operasi ‘Odyssey Dawn’ itu yang bertujuan menguatkuasakan zon larangan terbang di ruang udara Libya selaras resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diluluskan Khamis lalu.
Operasi berkenaan yang menyaksikan kereta kebal dan kereta perisai tentera Gaddafi dibedil, adalah campur tangan ketenteraan antarabangsa terbesar di rantau Arab sejak pencerobohan ke atas Iraq pada 2003.

sumber Berita Harian,21/3/2011

Hmm, agak keterlaluan bagi pihak Eropah tergopoh gapah nak serang Libya tanpa usul periksa, pada hal dalam Persidangan Mencabut Undi PBB, 2 lagi kuasa besar mengutuk keras tentang pelancaran perang nie iaitu China dan Russia. Katanya, perkara ini hanya menambahkan jumlah jiwa yang terkorban.

Dalam reaksi pertamanya terhadap serangan berkenaan, Gaddafi berkata tindakan AS, Britain dan Perancis itu adalah satu keganasan terhadap Libya.

“Kami akan mempertahankan negara ini daripada musuh asing yang mahu mengeksploitasi pergolakan di sini.

“Penduduk Libya bersama saya dalam melancarkan perang besar-besaran terhadap musuh asing ini. Kami sudah membuka depoh senjata bagi mengagih senjata kepada rakyat untuk menentang pengganas ini,” katanya dalam ucapan disiarkan televisyen tempatan semalam.

sumber Berita Harian,21/3/2011
Kesan terhadap perang ini telah menyatukan rakyat Libya untuk bangkit bersama melawan orang Kafir, yang pemerintah Libya menggelarnya sebagai 'Perang Salib'.


Anda Tahu Apa Itu Tomahawk?

The Tomahawk is a long-range, all-weather, subsonic cruise missile. Introduced by General Dynamics in the 1970s, it was designed as a medium- to long-range, low-altitude missile that could be launched from a surface platform or a submerged submarine.

Tu dia, bom yang besar digunakan tentera navy US dan Britain untk serang pre war sebagai 'pembuka jalan' kepada jet pejuang mereka menyerang Libya.

Kaedah Pemilihan Tayar



Salam all, seperti yang dijanjikan, post tentang cara pemilihan tayar. Apa yang mesti anda tahu? Yang pertama, nombor kod kat tayar.


Fahami Kod Menukar Tayar Baru


APABILA cengkaman tayar kenderaan mula berkurangan atau botak, itu menandakan
sudah tiba masanya pemilik menukarnya dengan yang baru.

Bagaimanapun, sebelum menukar yang baru ada beberapa faktor yang perlu
diberikan perhatian pemilik supaya tayar baru dibeli bersesuaian dengan
kenderaan dan bukan sudah luput tarikh atau lama disimpan penjual.

Sebagai pemilik kenderaan dan pengguna anda perlu mengetahui beberapa kod
penting terdapat pada bahagian sisi tayar sebagai rujukan.

Ia untuk memastikan anda membeli tayar berkualiti dan tahan lama. Setiap tayar
mempunyai maklumat terperinci berhubung jenis, saiz, keupayaan, minggu dan
tahun keluarannya.

Sesiapa saja boleh memahami maklumat ini untuk membuat pilihan tayar yang
sesuai dan selamat bagi kenderaan masing-masing. Cara paling mudah dengan
memilih satu contoh tayar dan menelitinya sedikit demi sedikit.

Ikuti makna nombor penting bagi sesebuah tayar:

- Untuk mengetahui usianya sila periksa bahagian tepi tayar yang terdapat kod
nombor minggu dan tahun. Contohnya kod 2206 bermaksud tayar berkenaan
dihasilkan di kilang pada minggu ke 22 pada 2006.

Kebanyakan pengeluar mengesyorkan jangka hayatnya ialah selama lima tahun dan
jika lebih bermakna sudah luput tarikh dan dinasihatkan tidak gunakan pada
kenderaan.

- Pengguna juga perlu memahami nombor berikut yang terdapat di bahagian sisi
tayar contohnya - 175/70R13 82H.

Nombor 175 yang pertama dalam siri merujuk kepada lebar tayar itu dalam
milimeter, iaitu jarak diukur dari sisi ke sisi. Biasanya, jika lebih besar
nilai angka ini lebih lebar tayar itu.

Nombor 70 ialah nisbah aspek (aspect ratio) tayar atau ketinggian tayar
berbanding lebarnya. Maksudnya ketinggian tayar adalah 70 peratus kelebaran
tayar itu. Biasanya tayar dengan nisbah aspek 55 ke bawah diklasifikasi sebagai
tayar profil rendah.

Tayar profil rendah memberi prestasi pengendalian keseluruhan lebih bagus
walaupun aspek keselesaan mungkin terjejas sedikit.

Huruf "R" merujuk kepada binaan tayar radial dan ke semua tayar
kereta menggunakan binaan radial sejak 20 tahun lalu.

Tayar binaan radial tidak mempunyai tiub dan memberi prestasi lebih bagus.

Angka 13 merujuk kepada garis pusat (diameter) rim untuk membolehkan tayar
dimuatkan. Jika ingin menukar kepada tayar diameter lebih besar anda perlu
menukar rim kepada diameter yang sama.

Nombor 82 melambangkan indeks keupayaan mengangkut berat tayar itu. Untuk
mengetahui berat maksimum berlambangkan nombor "82" kami perlu
merujuk kepada carta "Indeks Keupayaan Mengangkut Berat Tayar" yang
ditetapkan di peringkat antarabangsa.

Sebagai contoh, nombor 82 bermakna tayar mampu memikul berat maksimum 475kg.
Berat maksimum merujuk kepada setiap tayar, kita perlu mendarabkan empat kali
untuk memperolehi kapasiti memikul berat kenderaan dengan empat tayar. (Contoh:
475 x 4 = 1,900kg)

Huruf H terakhir menyatakan kelajuan maksimum sesebuah tayar yang direka.

Taraf kelajuan "H" dalam contoh, bermakna bahawa tayar ini boleh
mencapai dan mengekalkan kelajuan sejauh 210 km/j.

Di bawah adalah senarai carta kelajuan maksimum seperti yang dilambang oleh
setiap huruf abjad.

- S - 180 km/j
- T - 190 km/j
- U - 200 km/j
- H - 210 km/j
- V - 240 km/j
- Z - melebihi had laju 240 km/j
- W - 270 km/j
- Y - 300 km/j

Untuk tayar yang mempunyai keupayaan mengatasi kelajuan 270 ksj, huruf ZR akan
digunakan.

Ringkasannya, kalo nak beli tayar biasa orang tengok 2 kod nie...
contoh kod ----- 175/70R13 82H

175 - lebar tayar
70 - saiz ketebalan tayar (biasa tengok yang tayar nipis dan tebal,kan?)
R - kod radial tayar (kalo yang nie putur,meletup la tayar anda atau benjol a.k.a. gelembung)
13 - saiz rim
82 - Indeks Keupayaan Mengangkut Berat Tayar
H - kelajuan maksima untuk tayar nie

contoh kod ----- 2206
22 - minggu ke 22
06 - tahun tayar dikilangkan 2006

Ingat!,jangan beli tayar yang lebih 5 tahun hayatnya dan kalau tukar tayar depan yang baru, lebih elok tukar kedua-duanya supaya "kebotakan" tayar tu same.

Pintu-pintu masuknya syaitan


Salam all, waktu sekarang agak suntuk kerana masa untuk wat kerja makin kurang, stress pun makin naik dan hati pun sudah resah. Ok, cam na nak tau syaitan masuk dalam hati kita?bacakan petikan artikel dibawah, mudah-mudahan dapat menjadi pengajaran kepada kita semua. So, banyakkan bersabarlah semuanya ek?..

Hati manusia bagaikan benteng sedangkan syaitan adalah musuh yang senantiasa mengintai untuk menguasai benteng tersebut. Kita tidak bisa menjaga benteng kalau tidak melindungi atau menjaga/menutup pintu-pintu masuknya syetan ke dalam hati. Kalau kita ingin memiliki kemampuan untuk menjaga pintu agar tidak diserbu syetan, kita harus mengetahui pintu-pintu mana saja yang dijadikan syetan sebagai jalan untuk menguasai benteng tsb.

Melindungi hati dari gangguan syetan adalah wajib oleh karena itu mengetahui pintu masuknya syetan itu merupakan syarat untuk melindungi hati kita maka kita diwajibkan untuk mengetahui pintu-pintu mana saja yang dijadikan jalan untuk menguasi hati manusia.

Pintu tempat masuknya syetan adalah semua sifat kemanusiaan manusia yang tidak baik. Berarti pintu yang akan dimasuki syetan sebenarnya sangat banyak, Namun kita akan membahas pintu-pintu utama yang dijadikan prioritas oleh syetan untuk masuk menguasai manusia. Di antara pintu-pintu besar yang akan dimasuki syetan itu adalah:

1. Marah
Marah adalah kalahnya tentara akal oleh tentara syetan. Bila manusia marah maka syetan bisa mempermainkannya seperti anak-anak mempermainkan kelereng atau bola. Orang marah adalah orang yang sangat lemah di hadapan syetan.

2. Hasad
Manusia bila hasud dan tamak menginginkan sesuatu dari orang lain maka ia akan menjadi buta. Rasulullah bersabda:" Cintamu terhadap sesuatu bisa menjadikanmu buta dan tuli" Mata yang bisa mengenali pintu masuknya syetan akan menjadi buta bila ditutupi oleh sifat hasad dan ketamakan sehingga tidak melihat. Saat itulah syetan mendapatkan kesempatan untuk masuk ke hati manusia sehingga orang itu mengejar untuk menuruti syahwatnya walaupun jahat.

3. Perut kenyang
Rasa kenyang menguatkan syahwat yang menjadi senjata syetan. Dalam satu riwayat disebutkan bahwa Iblis pernah menampakkan diri di hadapan Nabi Yahya bin Zakariyya a.s. Beliau melihat pada syetan beberapa belenggu dan gantungan pemberat untuk segala sesuatu seraya bertanya. Wahai iblis belenggu dan pemberat apa ini? Syetan menjawab: Ini adalah syahwat yang aku gunakan untuk menggoda anak cucu Adam.Yahya bertanya: Apa hubungannya pemberat ini dengan manusia ?

Syaitan menjawab: Bila kamu kenyang maka aku beri pemberat sehingga engkau enggan untuk sholat dan dzikir. Yahya bertanya lagi: Apa lainnya? Tidak ada! Jawab syetan. Kemudian Nabi Yahya berkata: Demi Allah aku tidak akan mengenyangkan perutku dengan makanan selamanya. Iblis berkata. Demi Allah saya tidak akan memberi nasehat pada orang muslim selamanya.
Kebanyakan makan mengakibatkan munculnya enam hal tercela:
· Menghilangkan rasa takut kepada Allah dari hatinya.
· Menghilangkan rasa kasih sayang kepada makhluk lain karena ia mengira bahwa semua makhluk sama kenyangnya dengan dirinya.
· Mengganggu ketaatan kepada Allah
· Bila mendengarkan ucapan hikmah ia tidak mendapatkan kelembutan
· Bila ia bicara tentang ilmu maka pembicaraannya tidak bisa menembus hati manusia.
· Akan terkena banyak penyakit jasmani dan rohani

4. Cinta perhiasan dan perabotan rumah tangga
Bila syetan melihat hati orang yang sangat mencintai perhiasan dan perabotan rumah tangga maka iblis bertelur dan beranak dan menggodanya untuk terus berusaha melengkapi dan membaguskan semua perabotan rumahnya, menghiasi temboknya, langit-langitnya dst. Akibatnya umurnya habis disibukkan dengan perabotan rumah tangga dan melupakan dzikir kepada Allah.

5. Tergesa-gesa dan tidak melakukan receck
Rasulullah pernah bersabda: Tergesa-gesa termasuk perbuatan syetan dan hati-hati adalah dari Allah SWT. Allah berfirman: "Manusia diciptakan tergesa-gesa" dalam ayat lain ditegaskan: "Sesungguhnya manusia itu sangat tergesa-gesa. Mengapa kita edilarang tergesa-gesa? Semua perbuatan harus dilakukan dengan pengetahuan dan penglihatan mata hati. Penglihatan hata hati membutuhkan perenungan dan ketenangan. Sedangkan tergesa-gesa menghalangi itu semua. Ketika manusia tergesa-gesa dalam melakukan kewajiban maka syetan menebarkan kejahatannya dalam diri manusia tanpa disadari.

6. Mencintai harta
Kecintaan terhadap uang dan semua bentuk harta akan menjadi alat hebat bagi syetan. Bila orang memiliki kecintaan kuat terhadap harta maka hatinya akan kosong. Kalau dia mendapatkan uang sebanyak satu juta di jalan maka akan muncul dari harta itu sepuluh syahwat dan setiap syahwat membutuhkan satu juta. Demikianlah orang yang punya harta akan merasa kurang dan menginginkan tambahan lebih banyak lagi.

7. Ta'assub bermadzhab dan meremehkan kelompok lain.
Orang yang ta'assub dan memiliki anggapan bahwa kelompok lain salah sangat berbahaya. Orang yang demikian akan banyak mencaci maki orang lain.
Meremehkan dan mencaci maki termasuk sifat binatang buas. Bila syetan menghiasi pada manusia bahwa taassub itu seakan-akan baik dan hak dalam diri orang itu maka ia semakin senang untuk menyalahkan orang lain dan menjelekkannya.

8. Kikir dan takut miskin.
Sifat kikir ini mencegah seseorang untuk memberikan infaq atau sedekah dan selalu menyeru untuk menumpuk harta kekayaan dan siksa yang pedih adalah janji orang yang menumpuk harta kekayaan tanpa memberikan haknya kepada fakir miskin. Khaitsamah bin Abdur Rahman pernah berkata: Sesungguhnya syaitan berkata: Anak cucu Adam tidak akan mengalahkanku dalama tiga hal perintahku: Aku perintahkan untuk mengambil harta dengan tanpa hak, menginfakkannya dengan tanpa hak dan menghalanginya dar hak kewajibannya (zakat).

Sufyan berkata: Syetan tidak mempunyai senjata sehebat senjata rasa takutnya manusia dari kemiskinan. Apabila ia menerima sifat ini maka ia mengambil harta tanpa hak dan menghalanginya dari kewajiban zakatnya.

9. Memikirkan Dzat Allah
Orang yang memikirkan dzat Allah tidak akan sampai kepada apa yang diinginkannya ia akan tersesat karena akal manusia tidak akan sampai kesana. Ketika memikirkan dzat Allah ia akan terpeleset pada kesyirikan.

10. Suudzon terhadap orang Islam ghibah.

Dan last sekali untuk tatapan semua. Hadith yang diriwayatkan oleh Ibu Majah

" Dari Abu Ishak bin Harith dari Ali R.A dia telah berkata, telah bersabda Rasullullah S.A.W, sebaik-baik ubat adalah al-Quran"

So, banyakkan lah baca al Quran,insyaAllah hati jadi tenang..

Ride to "Air Panas di FELDA Residence-Trolak"

Salam all, nie dalam planning nak pi sana lagi sebab sebelum nie dah pi, jadi nak pi lagi sekali lagi, sape nak ikut kasi komen, ape2 pun korang baca dulu pasal air panas nie, memang syok, sebab air panas adari gururng dan ada air sejuk, tapi yg tak best nye kena la ada "pengeras" nak masuk tempat nie (kena bayar daa..), tapi berbaloi wa cakap luuu...

kalau malas baca, kasi layan gambar dulu, ok?

Kolam air panas Felda Residence di Sungai Klah jadi tumpuan kerana kandungan sulfur yang rendah



MALAYSIA memiliki 10 kolam air panas dan lima daripadanya terletak di Perak. Kolam air panas Felda Residence Hot Springs (FRHS) terletak di Sungai Klah, Sungkai, Perak, antara yang hangat diperbualkan kerana dipercayai mengandungi kandungan sulfur terendah di dunia iaitu 0.01 peratus.

Dibangunkan pada Disember 2003 di atas tanah rizab seluas 49.3 hektar dalam lingkungan Banjaran Titiwangsa dan berkedudukan 610 meter dari paras laut ini lebih dikenali di kalangan pelancong asing dan tempatan dengan nama Taman Rekreasi Air Panas (TRAP). Nama berkenaan diubah selepas 64 unit penginapan hotel dan Spa Village siap sepenuhnya pada Ogos lalu. Panggilan baru ini nyata lebih serasi dengan statusnya sebagai pusat peranginan dan rekreasi.



"Daripada luas keseluruhan tanah ditanam kelapa sawit itu, enam hektar diperuntukkan bagi membina kolam air panas dengan suhu terendah 30 darjah Celsius hingga tertinggi 100 darjah Celsius. Selebihnya, didirikan lima Villa mengandungi sebuah sehingga lima bilik yang selesai pembinaannya pada Jun 2006, manakala 64 unit hotel dan Spa Village termasuk tambahan 13 villa tiga bilik sedia menerima tempahan sejak Jun lalu," kata Ketua Komunikasi Korporat Felda Holdings Bhd, Izan Hussain.

Izan berkata, seiring pengisytiharan nama baru serta tambahan kemudahan serta unit penginapan, FRHS mula menerima kunjungan pelancong asing terutama dari Singapura. Statistik tahun lalu menyenaraikan pelawat Singapura paling ramai iaitu 34 peratus, diikuti Jepun (31 peratus), Korea (24 peratus) dan negara lain 11 peratus.

"Majoriti berkunjung ke sini kerana ingin menikmati keseronokan mandi dan berendam di kolam air panas yang terbentuk melalui lebih daripada 2000 punca mata air. Oleh kerana aliran yang terhasil ini bukan melalui kejadian letupan gunung berapi, kandungan sulfurnya diisytiharkan sebagai antara terendah di dunia. Kesannya, air itu bukan saja tidak mengeluarkan bau kurang menyenangkan serta dilihat lebih jernih, bahkan baik untuk merawat alahan kulit," katanya yang mendedahkan waktu paling sesuai mandi di kolam air panas ialah awal pagi dan menjelang malam hari.

"Pertembungan udara sejuk pagi dan malam dengan air hangat menghasilkan suhu nyaman dan selesa untuk mandi dan sekadar merendam tubuh. Ketika ini kita dapat menyaksikan wap panas terapung di udara dan permukaan air," ujarnya.

Selain hotel serta spa cukup selesa untuk berehat dan menenangkan minda, pelbagai tarikan lain dijanjikan buat pelancong termasuk laluan pelantar kayu merentas sungai menempatkan punca mata air panas, sauna terbuka, kolam air panas awam seluas 100 meter persegi, kolam mata air panas semula jadi berfungsi terapeutik, spa keluarga, laluan refleksologi sepanjang 30 meter, pusat merebut telur dan kolam mandi sejuk yang menampung air dari gunung.



"Pengunjung yang biasa dengan tempat ini tidak pernah melepas peluang membawa bekalan telur untuk direbus. Dengan suhu air 90 hingga 100 darjah Celsius, hanya lapan minit diperlukan untuk merebus telur. Bagusnya, telur yang direbus di sini mempunyai rasa lebih enak, asli serta lembut berbanding yang dihasilkan kaedah biasa," katanya yang mendakwa pernah suatu ketika 50,000 telur direbus di situ dalam tempoh 40 jam.



Selain menikmati keenakan rasa telur rebus, pengunjung berpeluang mencuba khasiat alga yang kini menyerlah sebagai sebahagian rumusan penting produk kecantikan.

Pembantu Resort FRHS, Said Saad, berkata amalan menjadikan alga sebagai topeng muka berupaya mengelakkan penuaan kulit.

"Selain untuk tujuan awet muda, alga yang disapu dan dibiarkan kering di kulit, setelah dibersihkan menjadikan kulit lebih cerah, mulus dan berseri," katanya yang turut memberitahu alga yang diisi dalam termos (balang air panas) mampu bertahan selama dua hari.

Sementara itu, spa keluarga dengan jakuzi eksklusif selain berfungsi mengurut tubuh juga bertindak memecah lemak serta angin dalam badan melalui air yang menujah keluar daripada beberapa saluran dipasang sekeliling jakuzi.

Kata Izan, spa yang boleh memuatkan sehingga lapan orang pada satu-satu masa itu direka sedemikian khusus meredakan ketegangan otot, mengurai lemak berlebihan badan di samping membantu mencantikkan kulit. Kewujudan tanaman herba dan eksotik yang memenuhi kawasan itu secara tidak langsung dijadikan terapi minda dan penyejuk mata.

"Minyak yang dilihat terapung di permukaan air selepas suis saluran air ditutup bukti jakuzi itu berkesan memecah lemak dalam badan," katanya.

Pelbagai restoran serta menu ditawarkan melengkapi keseronokan percutian di FHRS. Pengunjung boleh memilih menikmati masakan barat dan tempatan di Hot Cafe, Coffee House dan Villa Lounge sementara The Rock Cafe menyajikan snek dan hidangan ringan yang dijamin membuka selera.

Source:
Gambar : Blog FarAH
Info : Blog Aku Budak Trolak

Ape lagi? dah terbakar semangat nak pi? sehari suntuk nak pi sana,pagi sampai lewat petang, alang-alang dah bayar,tak gitu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tabung Untuk DSLR...

Promosi Untuk Pengunjung Blog CheHanif!!! Contact Saya (019 3639348).. Sape nak duit lebih boleh iklankan di blog anda, komisen akan diberikan..
FullFace Helmet WLT 101 Grey - RM270
FullFace Helmet WLT 101 Red - RM270
FF Helmet WLT Flip Up Black - RM270
FullFace Helmet WLT 101 White - RM250
KYT RC7 Tribal Helmet - RM280
KYT RC7 SpeedFire Helmet - RM280

Sore Chat!

Link









Anda Mungkin Suka Ini...

get this widget here

Untaian Hikmah

Siapa?

Orang yang berjalan

Orang Rajin Membaca

Post Pelik...

Hits