Ramai yang ingin mempelajari Photoshop bukan? Tapi mereka tidak mengetahui cara-cara untuk mempelajarinya. Ada yang bingung dengan fungsi-fungsi yang terlalu banyak dalam Photoshop sehingga membawa kepada putus asa. Oleh itu, di sini ada 6 langkah untuk mempelajari Photoshop.
Langkah 1
Bertanya kepada kawan. Ini merupakan langkah terbaik untuk mepelajari Photoshop kerana percuma dan menjimatkan masa anda. Tapi, anda perlulah menggunakan masa kawan anda dengan sebaiknya supaya tidak mengganggu dia untuk belajar.
Langkah 2
Ambil kursus Photoshop. Cyber Cafe, Kolej-kolej ada menyediakan kursus Photoshop dan seminar-seminar. Belajar daripada yang pakar dalam bidang Photoshop ini, para beginner akan senang menyesuaikan diri menggunakan Photoshop. Kelebihan mengambil kursus kelas ini ialah anda adapat bertanya secara terus kepada pengajar, ini membuatkan anda tidak confuse untuk menggunakan Photoshop.
Langkah 3
Ambil tutorial. Ada banyak tutorial secara terus(online) yang disediakan oleh pakar-pakar menggunakan Photoshop. Anda juga boleh membeli CD untuk mempelajari Photoshop. CD yang dijual biasanya lebih sesuai untuk 'beginner'.
Langkah 4
Guna tab "Help" dalam Photoshop. Banyak soalan yang biasa ditanya sudah ada disitu. Di situ, ia juga ada memjeladkan cara mengguanakan Photoshop yang betul, untuk beri arahan (commands) dan isi kandungan senag untuk digunakan.
Langkah 5
Beli buku. Banyak kedai-kedai buku yang menyediakan atau menjual buku-buku komputer seperti Venton. dengan mnggunakan buku ini, anda mendapat banyak penjelasan untuk menggunakan Photoshop.
Langkah 6
Buat "try and error". Untuk memahami lebih mendalam dalam pembelajaran Photoshop, anda perlulah sentiasa mencuba segala fungsi yang ada dalam Photosop. Biarkan alat-alat(tools) yang ada dalam Photoshop sebati dalam diri anda, anda tahu dimana kedudukan tools itu dan fungsi tools itu.
Bermula satu Pengembaraan...
Posted by
chehanif
Thursday, November 12, 2009
0 comments:
Post a Comment