Berjalan, Melihat Dan Mentafsir

Blog dengan muka baru dan informasi baru, berkaitan ilmu-ilmu yang blogger pelajari setiap hari. Blog bukanlah diari, tapi sebagai panduan apa yang telah dipelajari dari pengalaman.


Jom share...!

FADHILAH WANITA

1. Doa wanita lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat dari lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : “Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.
2. Wanita yang solehah itu lebih baik dari 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.
3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 orang wali.
4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 lelaki soleh.
5. Barang siapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang senantiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
6. Barang siapa yang membawa hadiah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan dari anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS.
7. Tidaklah seorang wanita yang haid itu, kecuali haidnya merupakan kifrah (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidnya membaca “Alhamdulillahi’alaa kulli halin wa astagfirullah“. Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa.”, maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan Allah Ta’ala mengangkatnya ke atas darjat separti darjatnya 40 orang mati syahid apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidnya.
8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersamaku (Rasulallah SAW) di dalam syurga.
9. Barang siapa yang mempunyai 3 anak perempuan atau 3 saudara perempuan atau 2 anak perempuan atau 2 saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab maka baginya adalah syurga.
10. Dari Aisyah r.ha. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya dari api neraka.”
11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
12. Apabila memanggil akan engkau kedua ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka akan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristigfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
15. Aisyah r.ha. berkata “Aku bertanya kepada Rasulallah SAW. Siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab baginda, “Suaminya”, “Siapa pula berhak terhadap lelaki?”, Jawab Rasulallah SAW, “Ibunya”.
16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.
17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu dari suaminya (10,000 tahun).
18. Apabila seseorang perempuan mengandungkan janin dalam rahimnya maka beristigfarLah para malaikat untuknya. Allah AWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari
21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
22. Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT.
23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
24. Apabila seserang perempuan melahirkan anaknya keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya
25. Sekirnya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin dia akan dikira sebagai mati syahid.
26. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya dari badannya (susu badan) akan mendapat 1 pahala dari setiap titik susu yang diberikannya.
27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 ½ tahun) maka malaikat-malaikat di langit akan khbarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
28. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya menangis Allah akan memberi pahala 1 tahun solat dan puasa.
29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
30. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
31. Apabila seseorang wanita mencucikan pakaian suaminya maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan dan mengampuni 2000 kesalahannya bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya mengangkatkannya 1000 darjat untuknya.
32. Seorang wanita yang solehah lebih baik dari 1000 orang lelaki yang tidak soleh dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya 7 pintu neraka dan dibukakan baginya 8 pintu syurga yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.
33. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau memendang ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya, memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya, tiap-tiap langkahnya dan setiap pandangannya pada suaminya, sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari kiamat kelak, Allah mengurniakan Nur sehingga tercenggang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke martabat itu melainkan para Nabi.
34. Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya mengembirakan suaminya.
35. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.
36. Jika wanita melayan suaminya tanpa khianat mendapat pahala 12 tahun solat.
37. Wanita yang melayan dengan baik suaminya yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
38. Jika wanita memijat suaminya tanpa disurh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memijat suaminya bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
39. Dari Hadrat Muaz ra : Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya sehingga muka dan tanganya kepanasan oleh api maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.
40. Thabit Al Banani berkata : seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu maka diambilnya rambut dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkan matanya yang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya.)
41. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulallah SAW keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka, “Tidak”. Sabda Baginda “Sebaiknya kamu kalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.
42. Wanita yang memerah susu binatang dengan “Bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
43. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “Bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.
44. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.
45. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan menjadikan 7 parit diantara dirinya dengan api neraka,jarak diantara itu ialah sejauh langit dan bumi.
46. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.
47. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengayam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.
48. “Wahai Fatimah , bagi wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian”.
49. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.
50. Sbda Nabi SAW : ‘Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut suaminya, memotong kumis (misai) dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sunai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat.”
51. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun beribadat.
52. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal dari suaminya akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat dari yakut.
53. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat tetapi Alah akan datang sendiri kepada wanita yang memberkati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan penuh istiqamah.
54. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.
55. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya,cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).
56. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintahkan ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta dan diri

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tabung Untuk DSLR...

Promosi Untuk Pengunjung Blog CheHanif!!! Contact Saya (019 3639348).. Sape nak duit lebih boleh iklankan di blog anda, komisen akan diberikan..
FullFace Helmet WLT 101 Grey - RM270
FullFace Helmet WLT 101 Red - RM270
FF Helmet WLT Flip Up Black - RM270
FullFace Helmet WLT 101 White - RM250
KYT RC7 Tribal Helmet - RM280
KYT RC7 SpeedFire Helmet - RM280

Sore Chat!

Link









Anda Mungkin Suka Ini...

get this widget here

Untaian Hikmah

Siapa?

Orang yang berjalan

Orang Rajin Membaca

Post Pelik...

Hits