Berjalan, Melihat Dan Mentafsir

Blog dengan muka baru dan informasi baru, berkaitan ilmu-ilmu yang blogger pelajari setiap hari. Blog bukanlah diari, tapi sebagai panduan apa yang telah dipelajari dari pengalaman.


Jom share...!

~Tabarruj~

Assalamualaikum..Topik yang saya lampirkan di sini mungkin di anggap remeh oleh sesetengah kaum muslimat..Namun apalah kiranya, ilmu yang walau sedikit, tapi tidak dikongsi untuk renungan bersama..
Istilah tabarruj yang membawa maksud perbuatan wanita yang mendedahkan perhiasan dan kecantikannya kepada lelaki yang bukan mahramnya. Ini termasuk perbuatan:
  • Wanita yang menunjukkan kecantikan wajahnya dan daya penarik tubuhnya kepada lelaki ajnabi.
  • Wanita yang mendedahkan kecantikan pakaian dan perhiasannya.
  • Memperlihatkan dirinya, gerak geri, sisirannya dan kemegahan.
Hukum tabarruj adalah haram disisi Islam kerana kita sedia maklum bahawa wanita adalah aurat seluruhnya dan tidak boleh dipandang oleh lelaki ajnabi, sama ada memandang tubuhnya, rambutnya, pakaian dan perhiasannya. Namun, sayu dihati saya tatkala melihat wanita pada akhir zaman kini tanpa segan silu memakai guntingan yang terbelah di sana sini, bertabarruj serta mempamerkan perhiasan mereka, sesungguhnya ini merupakan perbuatan maksiat yang nyata. Mereka begitu bangga melakukan tabarruj kerana mencontohi wanita-wanita kafir untuk kelihatan lebih mempesona bagi tatapan kaum lelaki yang asing..Astagfirullah..
Adakah kaum hawa ini sedar bahawa perbuatan seumpama itu merupakan kemungkaran besar yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang suci. Andai ditanya kepada kanak-kanak yang berusia 8 tahun tentang aurat, sesungguhnya, mereka sendiri mampu untuk mengatakan bahawa kaum wanita perlu menutup kepala dan berpakaian yang menutup tubuh..
Begitu juga apabila wanita-wanita ini memakai persalinan yang ketat dan nipis sehingga menampakkan lekuk-lekuk serta setiap inci tubuh mereka. salah satu dosa besar dan fitnah yang paling dasyat ialah wanita yang keluar rumah dalam keadaan terfitnah dan pemfitnah dengan cara tabarruj, sama ada dengan perhiasan, pakaian yang mendedahkan anggota-anggota sehingga menggoda nafsu lelaki dan bercampur-baur dengan kaum lelaki. Wanita yang berkelakuan seperti inilah yang menjadi kemurkaan Allah, wajib ke atasnya seksaan dan laknat Allah.
"Dan janganlah mereka menampakkan perhiasan, melainkan yang (biasa) nampak daripadanya".

Perhiasan yang dimaksudkan dalam ayat di atas ialah:
  • Pakaian yang cantik
  • Perhiasan
  • Solekan.
Menurut Qurtubi; perhiasan itu (zinah) terbahagi kepada dua, iaitu:
  • Perhiasan semulajadi
  • Perhiasan yang diusahakan.
Perhiasan yang semulajadi ialah keelokkan wajah dan bentuk badan. Ini banyak manfaat dan jalan-jalan ilmu pengetahuan. sementara perhiasan yang diusahakan ialah usaha perempuan itu untuk mengubah dan mencantikkan keadaan dirinya, seperti pakaian, perhiasan daripada emas dan lain-lain. semua ini termasuk ke dalam apa yang dilaran oleh Allah SWT..
Allahuakhbar..semoga ilmu yang disampaikan ini menjadi warkah yang berguna kepada para muslimat yang dikasihi sekalian..

"Usirlah semua kesedihan dengan menyebut nama Allah yang bergantung padaNya segala sesuatu dan hindarilah serta jauhilah hawa nafsu yang melenakan"

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tabung Untuk DSLR...

Promosi Untuk Pengunjung Blog CheHanif!!! Contact Saya (019 3639348).. Sape nak duit lebih boleh iklankan di blog anda, komisen akan diberikan..
FullFace Helmet WLT 101 Grey - RM270
FullFace Helmet WLT 101 Red - RM270
FF Helmet WLT Flip Up Black - RM270
FullFace Helmet WLT 101 White - RM250
KYT RC7 Tribal Helmet - RM280
KYT RC7 SpeedFire Helmet - RM280

Sore Chat!

Link









Anda Mungkin Suka Ini...

get this widget here

Untaian Hikmah

Siapa?

Orang yang berjalan

Orang Rajin Membaca

Post Pelik...

Hits