Salam all, hari ni aku nak kupas sedikit pasal doktor nie. Sape yang bergelar doktor atau bakal doktor tu,mesti terasa cili,haha...Gurau je,just sebagai peringatan kepada kita semua. Ini hanyalah pandangan peribadi semata-mata dengan tamsilam diri dan pemerhatian semenjak kecil.
Ok, kita start dengan alasan atau sebab mengapa kita berjumpa doktor? Jawapannya sudah semestinya kerana kita sakit, betul tak?Tapi, cuba anda perhatikan, tiap kali anda jumpa doktor atau MA aka medical asistance,mereka akan bertnya kepada anda, "Awak sakit apa?". Soalan nie memang relevan bagi seorang doktor, tapi, bagi orang awam yang kadang-kadang taraf pendidikan rendah dan tak tahu terasa pelik bila ditanya begitu, contoh..
Pesakit : Assalamualaikum doktor..
Doktor : Waalaikummussalam..(kalo ada yang baik sikit, dia akan kata "sila duduk dengan senyuman kalo yang busy sikit, nak tengok wajah pesakit pun nak tak nak je.."
Selepas tu..
Doktor: Awak sakit ape?
Pesakit: Ermm...demam,selsema,sakit tekak, pening,muntah..bla...bla..(pesakit yang terpaksa bagi simpton2 demam, macam jawab quiz pun ada,bukan doktor yang bertanya hal nie seperti..ada muntah2?ada pening?)
Doktor akan mengeluarkan termometer dan meletakkan ke dalam mulut pesakit sambil bertanya..
Doktor : Ada sakit pape lagi?
Pesakit : Tak kot,tu je yang saya rasa sekarang nie..
Doktor : Awak rasa demam ke selsema nie?(soalan paling tak logik dan menyampah bagi pesakit..ini kerana pesakit yang kena decide pasal penyakit dia sendiri, pada hal, selsema dengan demam pun pesakit tak dapat bezakan..)
Pesakit : (Terpinga-pinga nak jawab..) Gulp..(telan air liur je la, nak tanyakan, cakap tak membaca ke,ape ke..)
Lepas tu doktor duk menulis kat kertas untuk bagi ubat, then pesakit dibenarkan keluar. Then, kalau nak dipanjangkan lagi(macam aku yang tak pernah dapat surat cuti sakit kerana demam)..
Dah rase tak tahan sangat nga sakit, ingat nak rehat kat rumah, nak cuba minta..
Pesakit : Erm..doktor,saya rasa tak sihat sangat nak pi kerja/kelas, boleh saya dapatkan MC?
Doktor : Tak boleh, nie malas nak pi kelas la nie, sakit sikit je, tak nak pi kelas/kerja..bla...bla...bla..(doktor yang baik biasanya akan menasihatkan kita dengan cara baik..contoh.."Maaf, saya tak boleh nak bagi MC kat awak sebab penyakit awak tak teruk sangat, insyaAllah petang nie or esk awak dah sembuh,kuatkan semangat!..sambil senyum.."
Jadi ada berjenis juga la para doktor nie bukan? dan persoalan "kenapa saya takut jumpa doktor? kerana..
1. Masuk je klinik,dah bau ubat, seram sejuk badan, then jumpa doktor yang masam mencuka.
2. Nak tunggu turn tu punya la lama, bila jumpa plak,tak sampai 5 minit, entah check kita betul-betul ke tidak,musyhkil2..
3. Bila masuk je bilik doktor dan check, biasa ada 2 jawapan, "Nie tak kuat sangat nie, orang lain lagi kuat, awak macam nie pun sakit" macam la kita nak jumpa dia sangat, kalo orang tak sakit,orang tak pi jumpa nye doktor nie dan " Laa..kenapa datang lambat, kan dah melarat nie, lain kali kalo sakit terus datang " jawapan nie pun membuatkan para pesakit bingung, bila la masa yang sesuai untuk berjumpa doktor?
Jadi, bagi pendapat aku, tak semua doktor nie perangai macam diatas, yang diatas mungkin jenis yang teruk bagi pesakit, tapi bagi yang baik, insyaAllah lain layanan nye,kan?
Adakah anda mahu menjadi doktor? Baca link nie..Blog SaifulIslam
Agak-agak doktor yang macam mana anda jumpa?
0 comments:
Post a Comment