Salam all, tanggal 26/3/2011, Ride to Melaka, ride nie mengambil masa dalam 2 jam 30 minit atau 3 jam, dengan berhenti seketika di Rehat dan Rawat (R & R) Seremban, untuk makan makanan ringan dan isi minyak. Then, berhenti lagi di R & R Ayer Keroh, isi minyak gak, biasa la motor kecik, kena banyak isi minyak, mujur merah je penunjuk minyak, dah sampai kat hentian, kalo habis minyak tengah jalan, memang masak, nak tak nak memang kena ada motor besar yang mengiring, at least, kalo minyka habis boleh ditunda,hehe..Dalam ride nie diucapkan terima kasih la kat Antusiang (MBC member) coz guide kiteorang..
"Hah, jalan belah mana nie?ke kiri or ke kanan? tadi cakap depan, straight je, nie cabang 3, mana ada jalan straigh ke depan,huhu"..
Suasana hijau di Melaka, ladang kelapa sawit,gheh..ngeh..
"Hoho..manyak sodaaap..."
Masjid Kg. Tambak Jaya, tempat Hafizumi jemput kitaorang pi rumah dia. Lepak kat rumah Hafizumi kejap, then pekena cendol melaka. Terima kasih kepada Hafizumi kerana belanja kitaorang makan,hehe..
Duk bincang-bincang, cam na nak masukkan rim besor kat motor FZ biru nie..
Then, past lepak umah Hafizumi, kami bertiga mengundur kan diri untuk berjalan melihat Kota Melaka,hehe..Time pi melawat perigi Hang Tuah dan rumah Traditional, ada orang buat tarian poco-poco plak..
Kat rumah Tradional Melayu, bayaran RM1 kalo nak masuk, ada koleksi keris dan macam-macam lagi..
Santapan malam, makanan famous kat Melaka, "Asam Pedas Laksamana", memang syok! sampai tambah nasi semua, dah lapor sangat. Time makan, Emochi datang jumpa kiteorang..then pi Bukit Beruang untuk TTS Melaka..
Tu dia, air buah, besor gila gelas, memang puah hati minum! Nie time TTS MBC Melaka. Lepas TTS, pi round-round Bandaraya Melaka, dalam pukul 1.30 pagi,pi duk tepi pantai gak, memang syok!huhu..
Last, kat Shell sebelum masuk highway PLUS, balik ke KL, terima kasih diucapkan kepada MBC Melaka.
0 comments:
Post a Comment