Salam all, nie dalam planning nak pi sana lagi sebab sebelum nie dah pi, jadi nak pi lagi sekali lagi, sape nak ikut kasi komen, ape2 pun korang baca dulu pasal air panas nie, memang syok, sebab air panas adari gururng dan ada air sejuk, tapi yg tak best nye kena la ada "pengeras" nak masuk tempat nie (kena bayar daa..), tapi berbaloi wa cakap luuu...
kalau malas baca, kasi layan gambar dulu, ok?
Kolam air panas Felda Residence di Sungai Klah jadi tumpuan kerana kandungan sulfur yang rendah
MALAYSIA memiliki 10 kolam air panas dan lima daripadanya terletak di Perak. Kolam air panas Felda Residence Hot Springs (FRHS) terletak di Sungai Klah, Sungkai, Perak, antara yang hangat diperbualkan kerana dipercayai mengandungi kandungan sulfur terendah di dunia iaitu 0.01 peratus.
Dibangunkan pada Disember 2003 di atas tanah rizab seluas 49.3 hektar dalam lingkungan Banjaran Titiwangsa dan berkedudukan 610 meter dari paras laut ini lebih dikenali di kalangan pelancong asing dan tempatan dengan nama Taman Rekreasi Air Panas (TRAP). Nama berkenaan diubah selepas 64 unit penginapan hotel dan Spa Village siap sepenuhnya pada Ogos lalu. Panggilan baru ini nyata lebih serasi dengan statusnya sebagai pusat peranginan dan rekreasi.
"Daripada luas keseluruhan tanah ditanam kelapa sawit itu, enam hektar diperuntukkan bagi membina kolam air panas dengan suhu terendah 30 darjah Celsius hingga tertinggi 100 darjah Celsius. Selebihnya, didirikan lima Villa mengandungi sebuah sehingga lima bilik yang selesai pembinaannya pada Jun 2006, manakala 64 unit hotel dan Spa Village termasuk tambahan 13 villa tiga bilik sedia menerima tempahan sejak Jun lalu," kata Ketua Komunikasi Korporat Felda Holdings Bhd, Izan Hussain.
Izan berkata, seiring pengisytiharan nama baru serta tambahan kemudahan serta unit penginapan, FRHS mula menerima kunjungan pelancong asing terutama dari Singapura. Statistik tahun lalu menyenaraikan pelawat Singapura paling ramai iaitu 34 peratus, diikuti Jepun (31 peratus), Korea (24 peratus) dan negara lain 11 peratus.
"Majoriti berkunjung ke sini kerana ingin menikmati keseronokan mandi dan berendam di kolam air panas yang terbentuk melalui lebih daripada 2000 punca mata air. Oleh kerana aliran yang terhasil ini bukan melalui kejadian letupan gunung berapi, kandungan sulfurnya diisytiharkan sebagai antara terendah di dunia. Kesannya, air itu bukan saja tidak mengeluarkan bau kurang menyenangkan serta dilihat lebih jernih, bahkan baik untuk merawat alahan kulit," katanya yang mendedahkan waktu paling sesuai mandi di kolam air panas ialah awal pagi dan menjelang malam hari.
"Pertembungan udara sejuk pagi dan malam dengan air hangat menghasilkan suhu nyaman dan selesa untuk mandi dan sekadar merendam tubuh. Ketika ini kita dapat menyaksikan wap panas terapung di udara dan permukaan air," ujarnya.
Selain hotel serta spa cukup selesa untuk berehat dan menenangkan minda, pelbagai tarikan lain dijanjikan buat pelancong termasuk laluan pelantar kayu merentas sungai menempatkan punca mata air panas, sauna terbuka, kolam air panas awam seluas 100 meter persegi, kolam mata air panas semula jadi berfungsi terapeutik, spa keluarga, laluan refleksologi sepanjang 30 meter, pusat merebut telur dan kolam mandi sejuk yang menampung air dari gunung.
"Pengunjung yang biasa dengan tempat ini tidak pernah melepas peluang membawa bekalan telur untuk direbus. Dengan suhu air 90 hingga 100 darjah Celsius, hanya lapan minit diperlukan untuk merebus telur. Bagusnya, telur yang direbus di sini mempunyai rasa lebih enak, asli serta lembut berbanding yang dihasilkan kaedah biasa," katanya yang mendakwa pernah suatu ketika 50,000 telur direbus di situ dalam tempoh 40 jam.
Selain menikmati keenakan rasa telur rebus, pengunjung berpeluang mencuba khasiat alga yang kini menyerlah sebagai sebahagian rumusan penting produk kecantikan.
Pembantu Resort FRHS, Said Saad, berkata amalan menjadikan alga sebagai topeng muka berupaya mengelakkan penuaan kulit.
"Selain untuk tujuan awet muda, alga yang disapu dan dibiarkan kering di kulit, setelah dibersihkan menjadikan kulit lebih cerah, mulus dan berseri," katanya yang turut memberitahu alga yang diisi dalam termos (balang air panas) mampu bertahan selama dua hari.
Sementara itu, spa keluarga dengan jakuzi eksklusif selain berfungsi mengurut tubuh juga bertindak memecah lemak serta angin dalam badan melalui air yang menujah keluar daripada beberapa saluran dipasang sekeliling jakuzi.
Kata Izan, spa yang boleh memuatkan sehingga lapan orang pada satu-satu masa itu direka sedemikian khusus meredakan ketegangan otot, mengurai lemak berlebihan badan di samping membantu mencantikkan kulit. Kewujudan tanaman herba dan eksotik yang memenuhi kawasan itu secara tidak langsung dijadikan terapi minda dan penyejuk mata.
"Minyak yang dilihat terapung di permukaan air selepas suis saluran air ditutup bukti jakuzi itu berkesan memecah lemak dalam badan," katanya.
Pelbagai restoran serta menu ditawarkan melengkapi keseronokan percutian di FHRS. Pengunjung boleh memilih menikmati masakan barat dan tempatan di Hot Cafe, Coffee House dan Villa Lounge sementara The Rock Cafe menyajikan snek dan hidangan ringan yang dijamin membuka selera.
Source:
Gambar : Blog FarAH
Info : Blog Aku Budak Trolak
Ape lagi? dah terbakar semangat nak pi? sehari suntuk nak pi sana,pagi sampai lewat petang, alang-alang dah bayar,tak gitu?
0 comments:
Post a Comment